Senin, 17 Maret 2014

PTPTN bekukan pinjaman pelajar baru Unisel

Salam semua,


PTPTN bekukan pinjaman pelajar baru Unisel

PTPTN bekukan pinjaman pelajar baru Unisel! Ini sedikit sebanyak ada berkaitan dengan isu politik juga nampaknya.Justeru keputusan PTPTN  menghentikan pinjaman untuk pelajar Unisel tersebut dikaitkan dengan kelantangan beberapa pemimpin BN yang mencabar agar kerajaan PR itu terlebih dahulu menyediakan pendidikan percuma kepada rakyatnya sendiri di Selangor.

Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menghentikan sementara pemberian  pinjaman kepada pelajar baru yang mendaftar di  Universiti Industri Selangor (Unisel).
Pengesahan tersebut dibuat pegawai PTPTN ketika dihubungi melalui atas talian laman rasmi web tersebut.
Menjawab pertanyaan beberapa soalan yang diajukan melalui ruang forumnya, pegawai PTPTN  tersebut berkata dana pinjaman untuk pelajar baru universiti tersebut telah ‘dihentikan buat sementara waktu’.
Malah katanya, tiada pekeliling hitam putih dikeluarkan berkenaan langkah yang dibuat.
Selain itu, ruangan forum berhubung syarat permohonan pinjaman kendalian Kementerian Pengajian Tinggi itu turut menyatakan bahawa PTPTN tidak lagi memberi pinjaman kepada pelajar Unisel.
Sementara itu, Naib canselor Unisel Prof Dr Anuar Ahmad berkata perkara itu mula disedari apabila pelajarnya cuba memohon pinjaman tersebut melalui sistem dalam talian sejak April lalu.
Bagaimanapun beliau berkata Unisel kemudiannya mengadakan perbincangan dengan PTPTN berhubung keputusan tersebut sejak minggu lalu.
Beliau berkata sebab pembekuan itu tidak dapat didedahkan kerana perbincangan masih berjalan.
Untuk rekod, Pakatan Rakyat sebelum ini mencanangkan akan menyediakan pendidikan percuma dan menghapuskan pinjaman pelajar jika berjaya mentadbir Putrajaya.

Selengkapnya

Minggu, 16 Maret 2014

GAME INVASION 2

Game Name:   Invasion 2 - (Click Here - To Play)
Game Rules:  Build up your soldiers, archers and battering rams, upgrade them and destroy the castle.

Currently Rated: (9)
Selengkapnya

Sabtu, 15 Maret 2014

Foto Unik dan Cantik Lukisan yang dibuat dari daun teh


Hanya dengan menggunakan daun teh seniman dari England,Carne Griffiths  boleh mengtinjauankan satu  karya lukisan yang luar biasa. Dengan menggunakan daun teh Carne Griffiths boleh membuat lukisan dengan menimbulkan efek warna cerah yang sangat unik dan mengagumkan. Nah penasaran seperti apa fotonya lihat berikut ini.
lukisan yang Terbuat dari Daun Teh
ukisan yang Terbuat dari Daun Teh
ukisan yang Terbuat dari Daun Teh palingseru
Selengkapnya

Jumat, 14 Maret 2014

Doa Untuk Menguatkan Tenaga Batin

mati pucuk

Lemah Tenaga Batin AtauMati Pucuk

Lemah tenaga batin atau juga dikenali sebagaimati pucukmerujuk kepada ciri-ciri kegagalan alat kelamin lelaki untuk menegang atau mengekalkan ketegangan sehingga mencapai kepuasan seks.
Ia juga dikenali dengan nama disfungsi erektil (ED) atau “impotens” dalam istilah perubatan (mati pucuk).
Lemah tenaga batin, berkait rapat dengan tanggapan budaya kepada kesuburan, kejayaan, dan kelakian, mampu menyebabkan kesan psikologi teruk termasuk perasaan malu, perasaan hilang harga diri atau rendah diri, seringkali ia tidak perlu kerana dalam kebanyakan kes ia boleh diatasi.
Terdapat budaya menyepi yang kuat dan tidak mampu berbincang mengenai masaalah ini. Fakta sebenar adalah sekitar 1 dari 10 lelaki akan mengalami masaalah lemah tenaga batin berulang pada satu ketika dalam hidup mereka.

Cara Mengelakkan Terjadinya Lemah Tenaga Batin (Mati Pucuk)

Dr Berger dan Deborah dalam bukunya BioPotency telah membuat beberapa saranan mengenai cara mengelakkan terjadinya lemah tenaga batin, antaranya:
1- Kurangkan memakan daging berlemak, telur, susu, ais krim, mentega dan keju.
2- Kurangkan menggoreng makanan, lebih elok ianya dipanggang atau direbus.
3- Lebihkan memakan ikan.
4- Kurangkan memakan makanan yang masin atau makanan yang diproses.
5- Makanlah banyak makanan yang segar, buah-buahan, sayur-sayuran serta bijiran segar.
6- Bersenamlah selalu selama 20 atau 30 minit sekurangnye 3 kali seminggu.
Menjaga Kesihatan Diri Adalah Tuntutan Agama
Islam adalah agama yang merangkumi semua aspek kehidupan. Ini termasuk penjagaan dari sudut kesihatan, di mana Islam amat menitikberatkan kesejahteraan tubuh badan sebagaimana Islam menjaga jiwa dan akal. Justeru itu, kita amat dituntut supaya menjaga kesihatan kerana “sihat” merupakan anugerah berharga dari Allah swt. Rasulullah s.a.w bersabda:
“Sesungguhnya Ente mempunyai tanggungjawab untuk menunaikan hak terhadap tubuh badan Ente” (HR Bukhari)
Sabda Rasulullah s.a.w lagi:
“Orang mukmin yang kuat lebih baik dan disukai oleh Allah daripada orang mukmin yang lemah” (HR Muslim)
Islam juga meletakkan kesihatan dan kesejahteraan di tempat yang pertama selepas keyakinan (keimanan). Ini berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w:
“Mintalah kepada Allah kesihatan dan kesejahteraan kerana sesungguhnya tidak ada perkara yang lebih baik dari kesihatan selepas keyakinan (iman)” (HR Ibnu Majah)
Kita juga diajarkan oleh Islam untuk menjaga kesihatan dengan cara pencegahan sebelum ditimpa sebarang penyakit, seperti pepatah Inggeris “Prevention is better than cure” atau “Mencegah itu lebih baik daripada berubat”.
Tetapi, perlu juga diingatkan, di samping kita menjaga anugerah kesihatan yang diberikanNya kadangkala kita diuji dengan sedikit kesakitan. Rasulullah s.a.w telah mewasiatkan kepada pesakit-pesakit supaya mereka berubat. Sabda Baginda s.a.w :
“Allah tidak menurunkan suatu penyakit itu kecuali diturunkan bersamanya ubat”. (HR Bukhari)
Di antara perkara yg menunjukkan Islam menggalakkan penganutnya menjaga kesihatan adalah Rasulullah s.a.w. telah menyenaraikan beberapa jenis ubat yang boleh digunakan seperti madu, tumbuhan herba, berbekam, jampi syari’ (amalan doa’, ayat Al-Quran dan Hadis), dan lain-lain lagi yang tidak bercanggah dengan Islam.
Perubatan perlu dirujuk kepada mereka yang pakar dalam bidang ini, berdasarkan hadithnya:
“Jika sesuatu urusan itu berkait dengan hal-hal keduniaan maka Entelah yang mengaturnya dan jika ianya berkait dengan hal-hal keagamaan maka rujuklah kepadaku”. (HR Ahmad dan Muslim)
Rujukan : Ustazah Azhani Abu Basri. Dipetik dari: At-tobib, Adabuhu wa Fiqhhuhu oleh Dr. Zuhair Siba’i dan Dr.Muhammad ‘Ali Bar.
Berdoa Meminta Kebaikan
Doa‘ adalah memohon kepada Allah SWT dengan meminta kebaikan dari sisiNya dengan penuh ketulusan hati dan penuh pengharapan. Pengertian ini dijelaskan oleh Allah dalam beberapa tempat di dalam al-Quran. Antara firman Allah Ta’ala maksudnya:
“Berdoalah kepadaku, nescara akan Ku perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembahKu akan masuk ke Neraka Jahannam dalam keadaan hina dina.” (Surah Ghafir: Ayat 60)
Oleh itu berdoalah dengan penuh keyakinan diri bahawa doa’ itu akan diperkenankan dan sentiasalah istiqamah didalam mengamalkannya.
“Berdoalah kepada Allah dengan keyakinan penuh bahawa doa itu akan dikabulkan ! dan sesungguhnya Allah tidak mengkabulkan doa daripada hati yang lalai & berpaling “ (HR At-tirmizi)

Doa Dan Amalan MencegahMati PucukAtau Lemah Tenaga Batin

1. Afdhal sesuatu perkara hendaklah dimulakan dengan bismillah. Dan seterusnya membaca Surah Al-fatihah:
2. Kemudian membaca potongan ayat Al-Quran Al-Karim didalam Surah Al-Anbiyaa’ ayat 30:
3. Langkah yang seterusnya menadah tangan sepertimana untuk berdoa’ kepada Allah Ta’ala, lalu membaca kalimah ini:
4. Kemudian tepukkan kedua belah tangan ke belakang tulang sulbi menurun kebawah dalam keadaan duduk separuh atau berdiri tegak.
lebih afdhal amalkan amalan ini selepas solat subuh dan sentiasalah beristiqamah, semoga dengan amalan ini dapat menghindari dari penyakit-penyakit batin insyaAllah, dan apa yang dihajati akan diperkenankan oleh Allah Ta’ala, kerana ayat-ayat Allah ini adalah penawar, sesungguhnya sebaik-baik penawar kepada penyakit ialah ayat-ayat suci Al Quran. Sudah tentu juga, sebaik-baik penyembuh ialah Allah SWT.
Di dalam kitab Al-’Ilaj Bir-Ruqaa Min Al-Kitab Was-Sunnah, karangan said Ali Bin Wahf, menyatakan ijmak ulamak membenarkan menggunakan ayat-ayat Al-Quran untuk perubatan dan sebagainya, akan tetapi perlulah diyakini bahawa ayat-ayat Al-Quran yang digunakan tersebut tidak memberikan sebarang kesan zatnya sendiri. Bahkan Allah jualah yang memberi kesan ke atas sesuatu. Ayat yang di baca itu merupakan sebab dari sekian banyak sebab-sebab yang ditetapkan oleh Alah SWT.
Oleh: Ustaz Abu Nafis


Sumber http://hafizamri.com/doa-untuk-menguatkan-tenaga-batin/
Selengkapnya

Rabu, 12 Maret 2014

Anak ‘Cuti’ Untuk Selama lamanya



KUALA BERANG – “Makcik benar-benar terkejut hingga tertolak tong sampah berhampiran ketika menerima berita kejadian yang menimpa anak daripada rakannya.

“Ketika itu makcik sedang bekerja sebagai tukang sapu di Bandar Kuala Berang,” kata RokiahChe Jusoh, 52.

Rokiah ialah ibu Saharudin Shahar Alam, 35, dari Kampung Pauh, yang maut dalam kemalangan kira-kira jam 8 pagi semalam, di Kilometer 8 Jalan Tajin-Telemong, di Kuala Akob, membabitkan dua motosikal jenis  EX5 dan sebuah kereta jenis Perodua Myvi.

Menurut Rokiah, sebelum dia ke tempat kerja kira-kira jam 7 pagi, anak sulung daripada sembilan beradik itu sempat menegurnya dan memaklumkan akan beraya ke Kampung Buluh Gading, Manir, memandangkan dia masih bercuti raya dan belum mendapat arahan majikan untuk ke Kemaman.

“Melihat makcik bersiap-siap untuk ke tempat kerja, dia bertanya makcik sama ada makcik sudah mahu pergi kerja dan makcik hanya mengiyakan sahaja.

“Tidak sangka itulah perbualan yang terakhir dan makcik benar-benar terkejut apabila mendapat tahu dia maut dalam kemalangan,” katanya.

Sedia juadah kegemaran anak

Rokiah berkata, anaknya bekerja di bahagian pendawaian di Kemaman dan pulang ke kampung untuk menyambut hari raya.

“Dia masih bercuti dan sedang menunggu arahan majikannya untuk ke Kemaman pada bila-bila masa. Rupa-rupanya dia bercuti untuk selama-lamanya.

“Sebelum kejadian, tiada sebarang perubahan yang ditunjukkan dan sebagaimana biasa, sempena raya, makcik sediakan juadah kegemarannya iaitu nasi himpit. Apa pun, makcik reda dengan pemergiannya,” katanya ketika ditemui di pekarangan Bilik Forensik Hospital Hulu Terengganu, di sini, semalam.

Jenazah Allahyarham Saharudin Shahar akan disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pauh.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd Ismail Muslim berkata, kejadian dipercayai berlaku apabila mangsa yang datang dari arah Tajin-Kuala Telemong terlanggar sebuah motosikal di hadapannya dari arah belakang.

“Sebelum kejadian, terdapat sebuah motosikal jenis EX5 ditunggang Mohd Anuar Kassim, 41, dari Kampung Kuala Akob yang berhenti dan menyalakan lampu isyarat membelok ke kanan untuk masuk ke satu lorong.

“Berkemungkinan mangsa tidak perasan dengan isyarat lampu tersebut lalu cuba memotong motosikal berkenaan hingga menyebabkan kemalangan. Mohd Anuar terjatuh ke sebelah kiri jalan, manakala mangsa ke kanan jalan iaitu laluan bertentangan,” katanya.

Terseret sejauh 15 meter

Menurutnya, ketika itu terdapat sebuah kereta jenis Perodua MyVi dari arah Kuala Telemong menghala ke Kampung Tajin dipandu Mukminah Mohd, 29, berasal dari Kampung Baru Tetambah Manir.

“Pemandu tidak sempat mengelak lalu merempuh mangsa, yang kemudiannya terseret sejauh kira-kira 15 meter.

“Kereta tersebut terbabas ke dalam parit dan turut merempuh tiang telefon. Mangsa maut di lokasi kejadian, sementara Mohd Anuar pula cedera parah. Pemandu kereta terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan pengguna jalan raya supaya berhati-hati dan sentiasa mengawasi jarak kenderaan masing-masing bagi mengelak berlaku kejadian tidak diingini terutama sepanjang musim perayaan ini. – Sinar Harian
Selengkapnya

Selasa, 11 Maret 2014

Menteri Cadang Naik Harga Gula Elak Diabetes



SEGAMAT – Kerajaan hari ini disaran mengurangkan subsidi harga gula secara berperingkat sebagai langkah menggalakkan rakyat mengurangkan penggunaan bahan itu dalam makanan dan minuman sekaligus mengurangkan penghidap diabetes.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata: “Setakat ini bilangan penghidap diabetes di negara ini telah meningkat kepada 2.6 juta orang atau 15 peratus daripada jumlah penduduk Malaysia.

“Ini semua berlaku kerana rakyat kita tidak mengawal penggunaan gula dalam makanan dan minuman,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan kempen kesedaran diabetes dan gaya hidup sihat Parlimen Segamat di Dewan Orang Ramai Pekan Buloh Kasap di sini.

Menurutnya penyakit kencing manis (diabetes) menjadi masalah besar kepada negara kerana mereka yang menghidap penyakit itu akan berisiko mengidap penyakit lain seperti masalah penglihatan dan penyakit buah pinggang.

Setakat ini katanya, dilaporkan terdapat seramai 16,000 orang pesakit buah pinggang dalam senarai menunggu untuk mendapatkan pemindahan organ itu daripada penderma yang purata hanya terdapat seramai 40 hingga 50 orang setahun.

Beliau turut mencadangkan agar pekedai makanan dan minuman tidak mencampurkan gula dalam minuman yang dipesan pelanggan sebaliknya meletakkan gula dalam bekas berasingan supaya pelanggan boleh membuat pilihan sama ada menggunakan gula atau sebaliknya dalam minuman. – BERNAMA
Selengkapnya

Senin, 10 Maret 2014

6 Kekuatan Utama Manusia


blog-apa-aja.blogspot.com

1. Kekuatan Impian (The Power of Dreams)
Untuk memperoleh hal-hal terbaik dalam kehidupan ini, setiap kita harus memiliki impian dan tujuan hidup yang jelas. Setiap kita harus berani memimpikan hal-hal terindah dan terbaik yang kita inginkan bagi kehidupan kita dan kehidupan orang-orang yang kita cintai. Tanpa impian, kehidupan kita akan berjalan tanpa arah dan akhirnya kita tidak menyadari dan tidak mampu mengendalikan ke mana sesungguhnya kehidupan kita akan menuju.
2. Kekuatan dari Fokus (The Power of Focus)
Fokus adalah daya (power) untuk melihat sesuatu (termasuk masa depan, impian, sasaran atau hal-hal lain seperti: kekuatan/strengths dan kelemahan/weakness dalam diri, peluang di sekitar kita, dan sebagainya) dengan lebih jelas dan mengambil langkah untuk mencapainya. Seperti sebuah kacamata yang membantu seorang untuk melihat lebih jelas, kekuatan fokus membantu kita melihat impian, sasaran, dan kekuatan kita dengan lebih jelas, sehingga kita tidak ragu-ragu dalam melangkah untuk mewujudkannya.
3. Kekuatan Disiplin Diri (The Power of Self Discipline)
Pengulangan adalah kekuatan yang dahsyat untuk mencapai keunggulan. Kita adalah apa yang kita lakukan berulang-ulang. Menurut filsuf Aristoteles, keunggulan adalah sebuah kebiasaan. Kebiasaan terbangun dari kedisiplinan diri yang secara konsisten dan terus-menerus melakukan sesuatu tindakan yang membawa pada puncak prestasi seseorang. Kebiasaan kita akan menentukan masa depan kita. Untuk membangun kebiasaan tersebut, diperlukan disiplin diri yang kokoh. Sedangkan kedisiplinan adalah bagaimana kita mengalahkan diri kita dan mengendalikannya untuk mencapai impian dan hal-hal terbaik dalam kehidupan ini.
4. Kekuatan Perjuangan (The Power of Survival)
Setiap manusia diberikan kekuatan untuk menghadapi kesulitan dan penderitaan. Justru melalui berbagai kesulitan itulah kita dibentuk menjadi ciptaan Tuhan yang tegar dalam menghadapi berbagai kesulitan dan kegagalan. Seringkali kita lupa untuk belajar bagaimana caranya menghadapi kegagalan dan kesulitan hidup, karena justru kegagalan itu sendiri merupakan unsur atau bahan (ingredient) yang utama dalam mencapai kebertinjauanan atau kehidupan yang berkelimpahan.
5. Kekuatan Pembelajaran (The Power of Learning)
Salah satu kekuatan manusia adalah kemampuannya untuk belajar. Dengan belajar kita dapat menghadapi dan menciptakan perubahan dalam kehidupan kita. Dengan belajar kita dapat bertumbuh hari demi hari menjadi manusia yang lebih baik. Belajar adalah proses seumur hidup. Sehingga dengan senantiasa belajar dalam kehidupan ini, kita dapat terus meningkatkan taraf kehidupan kita pada aras yang lebih tinggi.
6. Kekuatan Pikiran (The Power of Mind)
Pikiran adalah anugerah Tuhan yang paling besar dan paling terindah. Dengan memahami cara bekerja dan mengetahui bagaimana cara mendayagunakan kekuatan pikiran, kita dapat menciptakan hal-hal terbaik bagi kehidupan kita. Dengan melatih dan mengembangkan kekuatan pikiran, selain kecerdasan intelektual dan kecerdasan kreatif kita meningkat, juga secara bertahap kecerdasan emosional dan bahkan kecerdasan spiritual kita akan bertumbuh dan berkembang ke tataran yang lebih tinggi. Semua dari kita berhak dan memiliki kekuatan untuk mencapai kehidupan yang berkelimpahan dan memperoleh hal-hal terbaik dalam kehidupannya. Semuanya ini adalah produk dari pilihan sadar kita, berdasarkan keyakinan kita, dan bukan dari produk kondisi keberadaan kita di masa lalu dan saat ini. Sebagaimana dikatakan oleh Jack Canfield dalam bukunya The Power of Focus, bahwa kehidupan tidak terjadi begitu saja kepada kita. Kehidupan adalah serangkaian pilihan dan bagaimana kita merespons setiap situasi yang terjadi pada kita


sumber
Selengkapnya

Minggu, 09 Maret 2014

Chillcan Minuman Yang Sejuk Tanpa Perlu Dimasukkan Ke Dalam Peti Sejuk


Tidak lama lagi kita akan dapat menikmati teknologi baru, iaitu air tin yang boleh berubah menjadi sejuk hanya dalam masa 2 minit tanpa perlu dimasukkan ais atau disimpan di dalam peti sejuk!


Apa yang perlu anda lakukan hanyalah dengan menekan satu butang khas di bawah tin, dan secara automatik kapsul dalam tin akan melepaskan gas karbon dioksida yang menyejukkan tin sehingga -15 darjah Celcius.

Penemunya adalah Profesor Clift, yang kini bertugas di Pusat Strategi Lingkungan di Universiti Surrey.

Profesor Clift menemui cara yang mesra alam sekitar untuk mengubah tin itu menjadi sejuk - disebut: ChillCan - tanpa perlu lagi menggunakan refrigeran yang berbahaya.

Solusinya adalah menggunakan karbon dari batok kelapa yang terkandung dalam kapsul aluminium di dalam tin. Karbon tersebut akan aktif - menghantar semburan karbon dioksida bertekanan - ketika kita menekan tombolnya.
  



sumber: unikz.up2det.com
Selengkapnya

Sabtu, 08 Maret 2014

Ayah Gantung Diri dan Ibu Mati di Kolam Renang

 02 Dis 2013
 
Victoria - Betapa terkejutnya seorang wanita muda di Australia ketika mendapatinya ayah dan ibunya telah tak bernyawa di rumah mereka. Sang ibu ditemui meninggal di kolam renang, sedangkan ayahnya mati gantung diri.

Victoria (20) meninggalkan rumahnya yang ada di Gold Coast untuk menjalani pekerjaannya sebagai guru di wilayah Queensland sebelah barat. Pada akhir minggu kelmarin, Victoria pulang ke rumah untuk mengunjungi kedua orang tuanya.

Namun tragedi terjadi pada Ahad (1/12) sore, ketika Victoria menemui kedua orang tuanya telah meninggal dunia. Beberapa tetangga mengaku mendengar teriakan histeria Victoria ketika menemukan mayat ayah dan ibunya.

Detektif Scott Knowles, seperti dilapor brisbanetimes.com, Isnin (2/12/2013), menyatakan penyiasatan awal menunjukkan bahawa pasangan yang telah bersara tersebut memiliki masalah kewangan dalam beberapa bulan terakhir.

"Tidak ada pertengkaraan tapi ada indikasi stress kerana masalah kewangan," ucapnya.

Knowles menyebut kematian ibunda Victoria yang berusia 59 tahun sedikit mencurigakan. Namun tidak ada bekas luka pada tubuhnya yang ditemukan terapung di kolam renang. Kemungkinan sang ibu lemas di kolam. Pemeriksaan post-mortem masih akan dilakukan pada mayat sang ibu untuk mencari tahu penyebab kematian.

Sedangkan sang ayah yang berusia 56 tahun dinyatakan mati gantung diri.

"Situasi keseluruhan belum diklarifikasi. Pada tahap ini, kami menganggap kematian si wanita masih mencurigakan, sedangkan kematian si lelaki tidak tampak mencurigakan," ucap Knowles.

Pasangan tersebut telah tinggal di rumah dua tingkat di kawasan Pacific Pines Boulevard lebih dari satu dekade. Tetangga korban mengaku terkejut kerana terakhir kali bertemu, keduanya terlihat bahagia.detikNews
Selengkapnya

Jumat, 07 Maret 2014

Pelajar bawa granat ke sekolah

 NEWSOUTHWALES - Seorang pelajar perempuan berusia 11 tahun di Newcastle, New South  mengejutkan warga sekolah kerana membawa bahan peletup ke sekolah
 
Seperti dilaporkan oleh Oddnews.org, Rabu (5/12/2012), pelajar di Hunter Christian School itu mempamerkan barang peledak itu, dalam pelajaran show-and-tell.  Granat yang dibawa itu, mulanya dikira sebuah celengan. 

Granat yang dibawa gadis itu, dilaporkan menyerupai granat nanas di era Perang Dunia Kedua. "Seorang pelajar kami dengan polosnya membawa sebuah benda yang dia kira sebuah celengan," ujar Guru Besar Hunter Christian School, Boyd Allen.

"Ia lalu menunjukkannya kepada guru. Dan guru itu tentu sangat ketakutan kerana bentuk benda itu tidak terlihat seperti kotak wang.Tapi benar-benar tampak seperti granat. Guru itu kemudian menghubungi saya, dan ia dan muridnya tersebut, datang ke  pejabat saya dan membawa granat itu ditangan," lanjutnya.

Setelah itu pihak pengelola meminta para staf sekolah membawa para murid, ke sebuah taman berdekatan, sementara anggota polis dan ahli pemati bom menetralisir granat tersebut.
Menurut pemberitaan sejumlah media lokal, granat itu sudah tidak aktif lagi. (oddnews.org)
Selengkapnya

Kamis, 06 Maret 2014

Maafkan Muhyiddin Dan Yakin Kenyataan Disebar Secara Tidak Betul


Balu Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak, Puan Sri Faekah Sheikh Hamzah menerima dengan hati terbuka permohonan maaf Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin atas kenyataannya yang mengaitkan keputusan kerajaan memansuhkan subsidi gula dengan penyakit kencing manis bekas Menteri Besar Kedah itu.

Faekah berkata, beliau sedia memaafkan dan percaya kemungkinan kenyataan itu disalah tafsir pihak tertentu serta disebarkan secara tidak betul.

Katanya, beliau mengenali hati budi Muhyiddin yang tidak pernah membuat kenyataan negatif terhadap Azizan dan beberapa kali mengunjungi Allahyarham ketika mendapatkan rawatan di Hospital Pulau Pinang (HPP) dan Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar.

“Saya terima penjelasan yang dibuat oleh Muhyiddin menerusi akhbar. Kami sekeluarga tiada masalah untuk memaafkan jika benar berlaku keterlanjuran kata oleh beliau ketika berkempen,” katanya ketika dihubungi.

Faekah berkata, Allahyarham Azizan dan Muhyiddin sudah lama menjalin hubungan baik iaitu sebelum kedua-duanya terlibat dalam politik sepenuh masa selepas saling mengenali sejak 60-an.Katanya, mereka berkenalan ketika Azizan melanjutkan pengajian di Universiti Al-Azhar dan kebetulan kakak Muhyiddin turut belajar di universiti sama.

Hubungan mesra itu, katanya, tetap terjalin selepas kedua-duanya aktif dalam politik walaupun daripada parti berbeza.

“Allahyarham selalu ketepikan perbezaan politik apabila berkawan. Sebab itu Allahyarham mempunyai ramai kawan dari pelbagai latar belakang politik berbeza,” katanya. (Sinar Harian)
Selengkapnya

Rabu, 05 Maret 2014

5 Perampokan Tersial di Dunia

Tindak kejahatan biasanya sudah direncanakan dengan matang, atau malah sebaliknya, terjadi secara mendadak, namun pelakunya sama-sama berpikir agar tidak sial sebab kelakuannya itu.
 
Namun di beberapa tempat, penjahat melakukan tindakan terbilang bodoh. Ada yang merampok rumah duka. Ada pula yang hendak merampok rumah dipenuhi atlet karate dan hitam, ini jelas menggelikan.
 
Dilansir dari situs oddee, berikut lima pelaku kejahatan paling bodoh didunia.

 
1. Pencuri hendak menggasak rumah dipenuhi atlet karate

Seorang pencuri di Kota Manizales, Kolombia, bernasib apes sebab ternyata rumah yang menjadi sasarannya milik atlet karate nasional sabuk hitam Cristian Garces. Di rumah itu ternyata dia juga melatih beberapa murid dengan tingkatan hampir sama dengannya.

Sudah bisa diduga, pencoleng itu babak belur dihajar Garces dan murid-muridnya, padahal dia sempat membawa beberapa barang berharga namun ketahuan. Penjahat itu diikat sementara Garces menelepon polisi.


2. Perampok rumah duka

Ada-ada saja ulah perampok di rumah duka di Kota Burjassot, Spanyol ini. Aksinya ketahuan oleh polisi namun dia masih berusaha mengadali aparat dengan berpura-pura mati.

Namun polisi dengan sangat mudah menemukan dia lantaran si perampok mengenakan busana berantakan. Sementara mayat sedang disemayamkan biasanya telah rapi.

Ulah pencoleng itu ketahuan warga sekitar yang mendengar suara berisik tengah malam di rumah duka itu. Aparat tiba bersama pemilik rumah dan mendapati si perampok pura-pura terbujur kaku dalam sebuah peti mati.


3. Perampok menelepon untuk memastikan ketersediaan uang


Ulah perampok satu ini tidak kalah bodohnya. Daniel Glen asal Kota Ontario, Kanada, menelepon pihak toko untuk memastikan apakah ada uang di mesin kasir. Kocaknya lagi dia mengutarakan niat hendak merampok dan dia tidak ingin usahanya sia-sia lantaran mesin duit itu kosong.

Aksinya itu ternyata sudah dua kali dia lakukan. Namun di kejadian sebelumnya dia sukses.


4. Perampok ini menulis namanya di tempat kejadian

Ingin eksis dan cepat terkenal seorang remaja 18 tahun bernama Peter Addison asal Kota Stockport, Inggris, malah menuliskan namanya di dinding rumah yang dia rampok bersama rekannya, Mark Ridgeway. Mereka membawa barang-barang porselen berharga mahal serta semprotan pemadam kebakaran.

Dia bahkan menuliskan namanya besar-besar di papan putih dengan spidol hitam, Peter Addison pernah kesini. Setengah jam setelah kejadian, Addison dengan mudah ditangkap polisi. Dia juga dikenal sebagai remaja biang onar di lingkungannya.


5. Perampok masuk ke rumah atlet anggar

http://www.didunia.net/
Seorang pencuri bernama Pal Nagy di Ibu Kota Budapest, Hungaria memanjat tembok dan berusaha menggasak rumah seorang atlet anggar irgine Ujlaky. Mengetahui hal itu, perempuan 25 tahun juga mengkoleksi beberapa pedang di rumahnya langsung mengambil beberapa koleksinya dan mengayunkan ke arah Nagy.

Dalam sekejap pedang-pedang itu mengunci si pencuri dengan membenamkan beberapa bagian busana ke dinding. Salah satu pedang dipegang oleh Ujlaky mengarah tepat ke tenggorokan Nagy. Sementara sang atlet ternyata menghadapi kompetisi minggu depan malah menjadikan peristiwa itu sebagai latihan yang menyenangkan.
 
 
sumber
Selengkapnya

Selasa, 04 Maret 2014

Maksiat berleluasa ketika Kelantan di bawah BN

Harakahdaily 

Aslani M, 18 Feb 2013
KETEREH: Biar pun terdapat banyak institusi pondok dan alim ulama, namun tahun 1980-an ketika Kelantan di bawah Barisan Nasional (BN) gejala maksiat dibiarkan berleluasa.

Sedangkan sebelum itu (1959-1978) ketika PAS mentadbir negeri ini banyak unsur-unsur khurafat dan maksiat dihapuskan.

Namun selepas kerajaan BN mentadbir Kelantan bemula pada 1978 gejala tersebut dibiarkan subur semula, malah kegiatan judi dibenarkan beroperasi.

Pegawai Penerangan Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri, Abdul Hamid Derani berkata, ketika Tan Sri Muhamad Yaakob menerajui Kelantan, terdapat ramai ulama dan pusat pengajian pondok.

“Ketika itu ada Tok Guru Abdul Aziz Abu Bakar di Pondok Pasir Tumbuh, Tok Guru Mohamad Awang di Pondok Beta, Tok Guru Haji Abdul Rahman di Pondok Sungai Durian.

“Malah ketika itu juga Kelantan mempunyai seorang mufti yang terkenal iaitu Datuk Haji Noor yang mengarang kitab Mestika Hadis.

“Tapi anehnya mengapa gejala maksiat, hiburan dan perjudian masih berlaku di Kelantan. Ini kerana tiada kuasa politik yang boleh menghalang gejala tersebut,” katanya pada ceramah isu semasa di Kampung Kedai Piah, malam tadi.

Kehadiran Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu menarik perhatian ramai penduduk tempatan mengikuti ceramah tersebut. Hadir sama anggota parlimen Ketereh, Abdul Aziz Kadir dan Adun Kadok, Azamin Mohd Nor.

Abdul Hamid yang pernah menjadi tenaga penceramah Umno sebelum ini berkata, hanya selepas PAS berkuasa semula di Kelantan pada 1990, barulah gejala maksiat, hiburan dan perjudian dihapuskan.

“Peliknya Ustaz Umno ketika berceramah mendakwa perkara itu hanya berlaku secara kebetulan. Kalau kebetulan mengapa ketika di bawah BN gejala maksiat dibiarkan berleluasa,” ujarnya.

Oleh itu beliau berkata, mereka yang mengundi BN tentunya ada saham apabila kerajaan terus membiarkan gejala maksiat berleluasa biar pun sudah lama memerintah.

Sementara itu Mohamad berkata, Umno dan media tajaan mereka terus memainkan isu agama dan Melayu dengan harapan dapat menarik simpati rakyat.

“Sekarang mereka mainkan emosi rakyat dengan sentimen agama dan bangsa. Umno lupa orang muda sekarang perlu fakta dan bukannya emosi,” katanya.

Selengkapnya