Tampilkan postingan dengan label baru. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label baru. Tampilkan semua postingan

Senin, 17 Maret 2014

PTPTN bekukan pinjaman pelajar baru Unisel

Salam semua,


PTPTN bekukan pinjaman pelajar baru Unisel

PTPTN bekukan pinjaman pelajar baru Unisel! Ini sedikit sebanyak ada berkaitan dengan isu politik juga nampaknya.Justeru keputusan PTPTN  menghentikan pinjaman untuk pelajar Unisel tersebut dikaitkan dengan kelantangan beberapa pemimpin BN yang mencabar agar kerajaan PR itu terlebih dahulu menyediakan pendidikan percuma kepada rakyatnya sendiri di Selangor.

Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menghentikan sementara pemberian  pinjaman kepada pelajar baru yang mendaftar di  Universiti Industri Selangor (Unisel).
Pengesahan tersebut dibuat pegawai PTPTN ketika dihubungi melalui atas talian laman rasmi web tersebut.
Menjawab pertanyaan beberapa soalan yang diajukan melalui ruang forumnya, pegawai PTPTN  tersebut berkata dana pinjaman untuk pelajar baru universiti tersebut telah ‘dihentikan buat sementara waktu’.
Malah katanya, tiada pekeliling hitam putih dikeluarkan berkenaan langkah yang dibuat.
Selain itu, ruangan forum berhubung syarat permohonan pinjaman kendalian Kementerian Pengajian Tinggi itu turut menyatakan bahawa PTPTN tidak lagi memberi pinjaman kepada pelajar Unisel.
Sementara itu, Naib canselor Unisel Prof Dr Anuar Ahmad berkata perkara itu mula disedari apabila pelajarnya cuba memohon pinjaman tersebut melalui sistem dalam talian sejak April lalu.
Bagaimanapun beliau berkata Unisel kemudiannya mengadakan perbincangan dengan PTPTN berhubung keputusan tersebut sejak minggu lalu.
Beliau berkata sebab pembekuan itu tidak dapat didedahkan kerana perbincangan masih berjalan.
Untuk rekod, Pakatan Rakyat sebelum ini mencanangkan akan menyediakan pendidikan percuma dan menghapuskan pinjaman pelajar jika berjaya mentadbir Putrajaya.

Selengkapnya

Sabtu, 01 Februari 2014

PM beri bayangan baru PRU tahun depan

sinar harian
20 September 2012
Najib Tun Abdul Razak
Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak berbincang dengan anggota majlis sebelum mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di Menara Datuk Onn hari ini
KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini memberi bayangan baru mengenai tarikh Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) - ia tidak akan diadakan dalam waktu terdekat walaupun ramai membuat spekulasi ia akan dipanggil November ini.

Menurutnya, PRU13 tidak akan diadakan dalam masa terdekat kerana Perhimpunan Agung Umno akan berlangsung mulai 27 November hingga 1 Disember ini.

"Tidak mungkin PRU13 diadakan dalam masa terdekat.

Jika PRU13 diadakan dalam masa terdekat ini, sudah semestinya Perhimpunan Agung Umno juga akan ditangguhkan," kata beliau pada sidang media selaps mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno, hari
Selengkapnya