Tampilkan postingan dengan label kali. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label kali. Tampilkan semua postingan

Kamis, 20 Februari 2014

‘Tujuh kali ulang alik ke Sabah saya serik’

Wartawan Sinar Harian
20 Januari 2013
Faizada
Mariam menunjukkan Mykad adik-adik Faizada yang telah diproses tanpa sebarang masalah.
PASIR GUDANG – Hasrat Faizada Aldam, 23, mendapatkan Mykad masih belum tercapai, meskipun sudah dua kali berulangalik ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Putrajaya.

Ibunya, Mariam Sarian, 48, berkata, 3 Januari lalu dia dihubungi JPN Johor Bahru yang memintanya berurusan dengan Unit Sabah JPN Putrajaya.

Bagaimanapun menurutnya, tinjauan perjumpaan dengan pihak berkenaan pada 8 Januari memintanya menyediakan dokumen lengkap walaupun turut dibawa bersama adik-beradik lain.

“Pada 14 Januari, sekali lagi saya ke Putrajaya, tapi malangnya pihak JPN meminta saya balik berurusan dengan JPN Sabah kerana katanya sudah dikuatkuasakan akta undang-undang baru.

“Saya keliru kerana kenapa sampai dua kali saya ke Putrajaya baru diarahkan berurusan dengan JPN Sabah, sedangkan saya bukan orang senang nak berulang-alik begini,” katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.

Mariam berkata, tujuh kali berulang-alik ke JPN Sabah sebelum ini membuatnya serik kerana sudah terlalu banyak wang digunakan untuk menguruskan Mykad Faizada.

Menurutnya, dia juga bersedia menjalani ujian asid deoksiribonukleik (DNA) sekiranya status Ida diragui sebagai anak kandungnya, asalkan Ida mendapat haknya sebagai warganegara Malaysia.

“Saya tak faham kenapa terlalu susah mereka nak luluskan permohonan Ida, sedangkan enam lagi adik di bawahnya sudah memiliki Mykad.

“Saya tak mampu nak berulang-alik berurusan ke Sabah kerana sudah tujuh kali saya kena sebelum ini sehingga habis wang simpanan, tapi masih juga belum selesai.

“Saya minta pihak bertanggungjawab beri kelonggaran dalam perkara ini kerana saya bukan orang senang dan Faizada anak kandung saya yang sah, bukannya warga asing,” katanya.

Sinar Harian 3 Januari lalu menyiarkan Faizada selamat kembali ke pangkuan keluarga selepas mendakwa dihantar pihak Imigresen ke Indonesia kerana salinan sijil kelahiran yang dikemukakan didakwa palsu.

Faizada ditahan di pusat tahanan Imigresen selama 14 hari dan dipindahkan ke penjara Kajang selama enam bulan sebelum dihantar ke Tanjung Pinang, Indonesia.
Selengkapnya

Selasa, 24 Desember 2013

Dalam 3 Bulan Gadis 11 Tahun Diperkosa 100 Kali

Seorang gadis berusia 11 tahun diperkosa sebanyak 100 kali selama tiga bulan berturut-turut. Kejadian ini terungkap setelah sang ibu menulis di blog nya. Insiden pemerkosaan ini terjadi pada tahun 2008. Sang ibu, Tang Juan dari Yongzhou, China, meminta bantuan kepada semua orang untuk menolong anak perempuannya, Lele, yang terkena penyakit seksual menular dan mengalami gangguan mental.

Dalam 3 Bulan Gadis 11 Tahun Diperkosa 100 Kali

Pada 1 Oktober 2006, Lele mengikuti Zhou Junhui (23) yang ditemuinya di tempat bermain ice-skating untuk makan malam. Setelah itu, dia membawa Lele ke toko video dan memperkosanya beberapa kali. Si pemerkosa mengancam si gadis agar tak memberitahu siapapun mengenai kejadian itu.Unik Baca

Dua hari kemudian, si pemerkosa memaksa si gadis untuk bekerja sebagai pelacur. Ia kemudian meninggalkan catatan untuk sang ibu. "Mama, saya tidak boleh bekerja lagi, mereka ingin saya bekerja, saya harus pergi," katanya.

Tan Juan kemudian membuat laporan ke polis  dan mencari si gadis. Polis  percaya yang si gadis ini diculik. Ia kemudian menulis pesan orang hilang di tempat lain. Pada 20 Desember 2006 seorang lelaki datang dan mengatakan melihat gadis yang terlihat milik Lele kerja di tempat hiburan.Unik Baca


Dalam 3 Bulan Gadis 11 Tahun Diperkosa 100 Kali

Tan Juan kemudian menelepon ke polis  dan menyelamatkan Lele. Si Gadis ini mengatakan dia mendapat kekerasan seksual dan dipaksa jadi pelacur. Ia mengaku melakukan hubungan intim sebanyak 100 kali. Bahkan, ia diperkosa secara beramai-ramai oleh empat lelaki selama lima jam. Dari setiap pelanggan, dia memperoleh 30 yuan   sementara si bos mengambil 70 yuan  dari hasil kerja Lele. Namun, semua wang untuk Lele diambil oleh Zhou.

 otakberita
Selengkapnya